16 Mar 2011

Gambar kenangan abah bersama arwah isterinya yang tercinta.....raya tahun 2009
Arini, relax ckit...nak update blog kejap....sajer buat kenang-kenangan............Abah n mok memang loving couple...abah kalau bergambar...mesti ngusik2 mok...saya ni suka mengambil gambar...mujurlah ada kamera Ben Q, walaupun murah berbanding kamera branded yang lain...namun tetap memberikan baktinya yang tak terhingga...itupun kena saving berapa lama baru dapat beli BenQ...

Salam Kembali...................

Kunjungan Cik Noraini Shariff,Pegawai dari MAMPU


salam blog ku sayang......
Lamanyer tak menjengah blog....semenjak mok bertemu Penciptanya...rasa keterujaan nak nak menaip dalam blog berkurangan....nak jadi macam kawan saya Puan Nur Nuha....macam arwah Pa.....dalam blog nafastari....haiii...tak tau nape tak reti...maybe takder laptop sendiri....streamix sendiri...nak guna yang opis...hai !!!!keje tak nyempat nak buka blog mahupun facebook...sememangnya fb saya kureng sikit...sampai kena marah kawan2...ntah ler...tak brape gemor...arwah Pa ialah kenalan masa Sek.men.Agama setiu, baru meninggal terlanggar kuda...syukur isteri n 2 anak kecinya selamat...kesian....kecik lagii...yang sulung tak sampai dua tahun...yang bongsu baru 3 bulan...gambor kawin diorang ada dlm entri terdahulu...
Saya agak terkesan dengan berita kematian...terkilan...satu dunia tahu pasal accident(selasa) n pengebumian (rabu)arwah Pa...sedangkan saya yang duk kat kawasan tak tau....khamis baru tau....nilah kesan tak up 2 date dengan teknologi...
k lah, Pejabat saya baru dapat sijil 5S dari MAMPU...alhamdulillah

17 Aug 2010

Kembali Ke Rahmatullah......................ku rindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Agak lama saya tidak menulis.....tiada kesempatan..hari ini hari ke 49 pemergian emak yang disayangi...emak saya meninggal dunia pada 30 Jun 2010, Rabu bersaman 17 Rejab 1431 H.

Tak terluah dengan segalanya perasaan kesayuan dan hiba...pemergian emak...kami redha...cuma rasa sayu dan hiba bersarang dalam hati.....kali pertama berpuasa tanpa emak disisi kami....rasa kehilangan gelak tawa emak yang sangat ceria...masakan emak yang paling sedap di dunia...emak.................

Takper...saya citer lain kali....xbleh nak teruskan...selamat berpuasa

25 Mar 2010

Emak yang tersayang...............

Kesan radioterapi cuma diketahui apabila kakak saya yang kebetulan bekerja di HKL bertanya kepada sister kat HKL...kenapalah kami tak tahu....yang saya tahu bahagian permukaan punggung emak memang ada kesan terbakar.....macam kena panggang plak...tapi emak saya seorang yang tidak mahu anak-anaknya tahu kesakitan dirinya...

Bayangkan dalam keadaan ini pun, nak dengar mak mengerang sakit pun....rasanya tak pernah......hanya sekali saya dengar emak kata sakit apabila pemeriksaan dr....memang dr akan "suluh' bahagian punggung emak dan setiap kali itulah darah akan keluar membasahi diaper yang yang mak pakai....hati ni tak terkata melihat situasi ini...rasa berat kepala memikirkan situasi ini...yerlah, mak kita selama ini sihat cergas, gembira, ceria...kesakitan begini....

10 Mar 2010

sambung lagi...
sebenarnya...entri pasal resah gelisah dah lama saya jadikan draf, cuma tak publish jer....maknanya sudaah lebih dua bulan entri sebelumnya.
Emak saya sakit kanser serviks, dulu stage 1, tahun 2007, tapi sekarang saya intai dalam fail mak, dah stage 4....Ya Allah...betulkah? Rasa macam x percaya............
Selepas mak saya operate dulu, 2007-pertengahan 2009 mak sangat sihat....sentiasa check up dengan pakar ngan pakar kat HUSM...setiap kali jumpa katanya ok............xde apa2....legalah hati....tapi sebenarnya jumpa pakar pun bukanlah jaminan....bukanlah saya menidakkan takdir Allah taala, cuma terkilan kerana emak tak pernah miss jumpa pakar...kenapa!!!!!kadang kala hujah begini menyebabkan orang ramai x mau jumpa dr....tapi kami sekeluarga jenis tak suka berbomoh-bomoh....terus ke hospital....
setiap kali jumpa dr....x pernah ada ubat dibekalkan...saya ingat lagi lepas mak kena operate dulu, xder ubat dibekalkan....apa-apa vitamin ke.....sampailah mak sembuh...then jumpa pakar secara berjadual....tidak ada ubat.....kesian mak....cuma ingat masa operate makan Healin....tu cepat sembuh jahitan mak....

lepas operate....mak kena rawatan radioterapi sebanyak 20 kali berturut2, stop jumaat sabtu jer...then sambung balik, operate kat Hospital Sultanah Nur Zahirah, radioterapi di HUSM, emak dan abah ulang alik dari Setiu ke Kubang Kerian guna kereta Iswara...mujurlah walaupun dah lama...kereta itu sentiasa setia memberi khidmat baktinya...

Masa tu yana x kawin lagi...dialah jaga adik2, saya keja pej.agama, sarah x grad lagi UIA...

rasanya pertengahan 2009...dalam bulan puasa...mak bagitau dia rasa sembelit...kami pikir biasalah bila time bulan puasa....ramai yang sembelit.........biar jer...
raya haji mak start p jumpa dr swasta, dr bagi ubat sembelit.....x hilang gak...jumpa dr safiah...dia bagi pemakanan Zhulian,Byoung...makan Byoung ada pro dan kontra...sembelit mak hilang, tapi jadi ciritbirit plak....segala yang terkumpul terkeluar semua...berdarah...nak jadi buasir...
darah sentias keluar semasa buang air besar...kesian mak...kami ingat buasir....nak jumpa pakar HUSM, apmnt x sampai lagi...jadilah mak kurus kering..abah beli 4life, harga beratus-ratus...mak makan sekejap..then stop sebab tak tahan, macam dipulas-pulas kesannya...ubat tu sesuai bagi orang yang sihat sikit dari mak dan boleh makan...sedangkan mak takut nak makan kerana sakit nak keluar....sebenarya salah satu kesan radioterapi, usus mak jadi mengembang labuh...menyebabkan banyak makanan disimpan dalam perut...nanti sambung lagi citer ni...........

23 Dec 2009

Resah.....

Semenjak dua menjak nih.....saya rasa agak resah....bimbang pun ada...takut....Ya Allah, berikanlah kekuatan bagi kami menghadapi ujian dan cubaan dariMu...

Emak saya adalah pesakit kanser...kanser yang banyak menyerang kaum wanita...awal tahun 2007 major operation....
Pada 24 Januari, kami ada appointment dengan dr pakar....tapi sebelum tu hari sabtu, kami pergi ke ER Hospital setiu untuk persediaan mak travel jauh...maklumlah HUSM jauh dari Setiu...tapi agak mengejutkan apabila Dr mengarahkan segera tambah darah....kalau tidak mereka tidak akan menanggung sebarang risiko...siap sign pelepasan tanggungjawab lagi.....
sambung lagi.................

13 Dec 2009

Cinta Itu Indah??

::. Cinta .::
"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinyaCinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan

hihihihi.........tuan/puan sambunglah sendiri...xleh paste doh

10 Nov 2009

Salam Perpisahan....

Salam semua...minggu ni adalah minggu terakhir saya berada di Pejabat Tanah Setiu, lapor diri di SUK pada 26 Julai 2009, dan melapor diri balik ke SUK pada 15 November 2009, kerana di tawarkan jawatan lain plak...timbul jugak perasaan sedih, kiranya hampir 3 bulan berada disini...banyak ilmu yang didapati, ramai kawan yang dikenali...
Tapi nak wat camner,life must goes on, betul tak grammar nih...
Dari Pejabat Agama, ditukarkan ke Pejabat Tanah, sememangnya baaaaanyak ilmu saya dapati, tak tercerita gamaknya....tiga tahun kat pentadbiran Pejabat Agama, alih-alih ke Pejabat Tanah, bahagian Tanah Haram dan Kuatkuasa, dengar sajer menyeramkan...maklumlah bahagian Tanah haram agak sensitif sikit....
Kawan-kawan...aku akan pergiii...
Ok, nak citer sikit..mula-mula saya dapat surat tawaran dalam keadaan tak sihat...batuk dan selsema...tak percaya...maklumlah temuduga selepas hampir 2 tahun baru dapat....dalam masa seminggu saya x take care pun surat tawaran, medical check up hanya selepas itu......rasa seronok...tapi sayang plak nak lepas pejabat sekarang nih...tapi kita perlu berhijrah...betul tak? Kesibukan kerja juga menyebabkan saya tak hirau sangat pasal tawaran ini.....sajer sibukkan diri...