24 Dec 2008

Renungan untuk diri sendiri...

Salam untuk semua...
Sy pasti setiap orang ada masalah masing-masing, yang rumit,yang payah, yang jengkel, yang susah, yang serabut perut.....(perut apa ek?)....
Masing-masing ada cara mengatasinya, sekiranya di atasi dengan keimanan dan ketakwaan...insyaAllah, jalan yang dirintis itu akan luas terbentang lapangnya...
Namun, sekiranya masalah disulami dengan bisikan syaitan...hai!!!!!!tak dapat eden nak nolong, otak akan serabut bangat!!!!.
Apapun masalah, jangan lupa kepada Yang Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Penyayang......

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
Yang mencipta segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu,
Hati yang sebeginilah yang selalunya lebih tunduk, lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA.......

14 Dec 2008

Sekadar titipan....

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku,
untuk mencintaiMu....

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh cinta,
jagalah cinta aku padanya
agar tidak melebihi cintaku padamu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh,
hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu, agar tidak terjatuh
aku dalam jurang cinta selainMu

Ya Rabbi,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling dari Mu

Ya Rabbi Izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya
Agar tidak lalai aku
Merindukan syurgaMu



5 Oct 2008

Masuk Kerja!!!!!

Setelah 4 hari beraya bersama keluarga...akhirnya kami berpisah untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan...Yin dan Lin kembali ke sekolah semalam dan kakti bersama suami pulang ke Gombak hari ini...jalan jammed oooooo.........kat kelantan minyak petrol habis licin.....nipun ore p kerja kenderaan bertali arus....Amacam kawan-kawan?seronok tak raya:)

Peristiwa Sebelum Syawal...

Sy nak berkongsi cerita dua hari sebelum Syawal....semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat, sy ternampak satu group konvoi bermotosikal berhenti dan membahagikan rokok kpd kawan-kawan....
sodihnyer....adik-adik yang tidak menghormati bulan ramadhan...katakanlah tak berpuasa kerana letih..janganlah ditunjukkkan kepada orang lain..ape nak jadi.....

28 Sept 2008

aiman n maisarah


adikku bergaya:)


salam lebaran

assalamualaikumm......
buat semua, saya tengah belajor ni...nanti lebih elok yer.....