24 Dec 2008

Renungan untuk diri sendiri...

Salam untuk semua...
Sy pasti setiap orang ada masalah masing-masing, yang rumit,yang payah, yang jengkel, yang susah, yang serabut perut.....(perut apa ek?)....
Masing-masing ada cara mengatasinya, sekiranya di atasi dengan keimanan dan ketakwaan...insyaAllah, jalan yang dirintis itu akan luas terbentang lapangnya...
Namun, sekiranya masalah disulami dengan bisikan syaitan...hai!!!!!!tak dapat eden nak nolong, otak akan serabut bangat!!!!.
Apapun masalah, jangan lupa kepada Yang Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Penyayang......

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
Yang mencipta segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu,
Hati yang sebeginilah yang selalunya lebih tunduk, lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA.......

No comments: